FUNGSI kanta lekap bukan sekadar membetulkan penglihatan kerana ia juga menjadi ‘aksesori’ untuk kelihatan cantik selain memberi kebebasan kepada individu yang terbabit dalam aktiviti lasak.
Namun kekeringan, keletihan dan ketidakselesaan mata menjadi masalah biasa yang dihadapi peng?guna kanta lekap, selain rutin penjagaan harian yang dianggap agak leceh. Ia juga menjadi antara faktor utama ramai pengguna berhenti menggunakan kanta lekap dan beralih kepada kaca mata.
Kebanyakan orang mungkin menyalahkan kanta lekap atas sebarang ketidakselesaan dan menukar kepada jenama kanta lekap. Namun ini mungkin bukan tindakan bijak kerana kita perlu mengetahui punca ketidakselesaan itu berlaku. Ia mungkin disebabkan penjagaan kanta lekap yang kurang baik.
Ramai pengguna kanta lekap percaya bahawa memilih kanta yang betul dapat menyelesaikan masalah mereka. Mungkin ramai tidak sedar mereka mengabaikan satu aspek penting iaitu memilih ‘rakan yang sesuai dan baik’ bagi kanta lekap iaitu larutan pembasmi kuman. Jenis larutan kanta lekap sebenarnya memberi pengaruh besar kepada keselesaan dan kesihatan deria penglihatan kita.
Alcon, peneraju penjagaan mata dan salah satu bahagian dalam kumpulan syarikat Novartis mengubah definisi pengalaman keselesaan memakai kanta dengan memperkenalkan larutan kanta daripada larutan pembasmi kuman pelbagai guna PureMoist Opti-Free. Ia memberi kelembapan sehing?ga 16 jam untuk meningkatkan keselesaan memakai kanta lekap.
Pada hari ini, mencari kanta lekap yang betul tidak lagi menjadi masalah kerana kita boleh membeli kanta lekap daripada optometris dan juruoptik dengan mudah. Malah ada banyak jenama yang boleh dipilih, bergantung kepada keizinan kewangan.
Apa yang lebih penting ialah memilih larutan pembasmi kuman yang sesuai dengan anda kerana ia memberi banyak perbezaan dalam mencegah ketidakselesaan pemakaian kanta lekap khususnya bagi individu yang memakai alat pembetul penglihatan ini bagi tempoh lama.
Menurut Pengarah Persatuan Optometris Australia dan Optometris Bertauliah CASA, Australia, Jason Holland, larutan inovasi Alcon itu membolehkan kelembapan mengelilingi kanta lekap dengan kusyen kelembapan. Dengan itu, kanta
dipenuhi dengan kelembapan selama 16 jam, sekali gus memberikan keselesaan memakainya sehingga menanggalkannya.
Larutan pelbagai guna ini boleh digunakan untuk kanta lekap lembut dan kanta lekap berasaskan hidrogel silikon. Di samping menawarkan kelembapan berpanjangan, ia juga mengandungi sistem membasmi kuman. Dua jenis pembasmi kuman iaitu Polyquad dan Aldox bertindak terhadap mikro organisma berbahaya termasuk bakteria, kulat dan acanthamoeba.
Formula unik ini dapat membasmi kuman pada semua jenis kanta sentuh lembut, tetapi masih bersifat lembut untuk mata yang sensitif. Ia juga mampu untuk membuang deposit protein, mengurangkan pemendapan lipid dan membantu memudahkan proses pembersihan dan pengalaman memakai yang selesa.
Larutan ini sesuai untuk semua jenis kanta lembut termasuk kanta harian, pemakaian berterusan dan kanta hidrogel silikon.
View the original article here
No comments:
Post a Comment