Cuci tangan anda hingga bersih dan lap kering. Sentiasa pastikan tangan anda benar-benar bersih setiap kali anda mengendalikan kanta lekap sama ada ketika memakai atau menanggalkannya. Saki baki losen, sabun atau sebarang bahan kimia yang terkena pada kanta lekap akan menyebabkan rasa pedih, gatal atau penglihatan kabur.
Hanya gunakan larutan pencuci kanta lekap yang disarankan doktor mata atau pakar optik anda.
Ikut arahan sentiasa pastikan anda mematuhi arahan pengendalian kanta lekap.
Bersihkan bekas kanta lekap setiap kali selepas digunakan. Bilas dengan larutan pencuci kanta lekap beberapa kali dan biarkan kering. Tukar bekas ini setiap bulan atau seperti yang disarankan pengeluarnya.
Pastikan kuku anda pendek terutama pada bulan pertama anda memakai kanta lekap.
Anda boleh menyimpan kuku panjang selepas mahir memakai dan menang?galkan kanta lekap, tetapi atas faktor kebersihan, lebih baiklah kuku anda sentiasa pendek.
Perhatikan kanta lekap anda sebelum memakainya. Pastikan ia tidak terbalik kerana ia akan menyebabkan ketidakselesaan.
Jika anda mahu merias mata, pakai kanta lekap terlebih dulu sebelum menyapukan mekap pada kelopak mata. Tang?galkan kanta lekap dulu sebelum membersihkan mekap mata. Bagi mereka yang memakai mekap mata, pastikan alat mekap anda ditukar
setiap tiga bulan bagi mengelakkan pengumpulan bakteria.
Jangan sekali-kali menggunakan air paip untuk membersihkan kanta lekap anda walaupun ia air suling.
Jangan mencampurkan dua larutan pembersih kanta lekap berlainan. Anda mungkin sensitif pada satu-satu jenama.
Tanggalkan kanta lekap apabila mahu berenang atau mandi air panas.
Jangan tidur dengan kanta lekap. Walaupun ramai tahu ia boleh mengundang masalah pada mata, masih ada yang ‘melanggar’ nasihat ini. Pemakaian kanta lekap ketika tidur akan menyebabkan mata mengalami masalah kekurangan
oksigen. Akibatnya, kanta lekap akan menjadi kering dan melekat pada mata hingga sukar ditanggalkan. Dalam keadaan ini titiskan cecair mata.
Beri mata anda ‘bernafas dengan selesa’ pada hujung minggu atau setidak-tidaknya apabila anda berada di rumah dengan memakai kaca mata.
Jangan sekali-kali meminjam kanta lekap orang lain. Ini termasuk kanta lekap untuk tujuan kecantikan terutama jika ia pernah digunakan walaupun sekali.
Pastikan mulut botol larutan pembersih kanta lekap anda tidak tersentuh pada sebarang objek atau permukaan termasuk jari anda. Jika mulut botol ini tercemar, seluruh larutan di dalamnya akan turut tercemar.
View the original article here
No comments:
Post a Comment